Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mohd Izzatul Izuan Tahir
Title :Kes pijak al-Quran: Gesa tindakan tegas, jaga reputasi IPTA - Mohd Najwan
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) digesa mengambil tindakan tegas terhadap seorang individu yang didakwa memuat naik imej memijak kitab suci al-Quran di media sosial demi menjaga reputasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan individu itu di platform Threads itu amat biadab dan menghina agama Islam. "Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang memuat naik imej memijak kitab suci al-Quran di platform media sosial Threads," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Mohd Najwan menjelaskan, tindakan individu itu merupakan perbuatan amat biadab, menghina agama Islam dan mengganggu sensitiviti serta keharmonian masyarakat di negara ini. Mohd Najwan turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit supaya menjadi iktibar kepada masyarakat agar menghormati agama dan kepercayaan masyarakat lain. Ujar beliau, sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam tidak wajar dipandang ringan. "Tindakan menghina kesucian agama Islam atau mana-mana agama sewajarnya dikenakan hukuman tegas tanpa kompromi,” jelasnya. "Keharmonian dan perpaduan di antara kaum adalah keutamaan dan wajib dipertahankan oleh semua pihak," tegas beliau. Pada Selasa, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu di media sosial. Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW. Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar UMPSA ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035