Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Inovasi
Main Author :Nazdy Harun
Title :UniSZA lancar aplikasi EDRIS bantu urusan rawatan dialisis lebih sistematik
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :11 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membangunkan aplikasi Sistem Dialisis Pintar Pendidikan, Rekod Harian dan Pelaporan (EDRIS), sebuah sistem pintar yang direka khusus bagi menyokong pengurusan rawatan dialisis secara lebih sistematik, cekap dan bersepadu. Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Fadzli Adam, berkata pembangunan EDRIS selari dengan keperluan semasa sistem penjagaan kesihatan negara yang kini berdepan peningkatan berterusan jumlah pesakit buah pinggang kronik. Beliau berkata, statistik menunjukkan jumlah pesakit dialisis di Malaysia terus meningkat setiap tahun dan kini mencecah puluhan ribu orang, sekali gus menuntut pendekatan pengurusan rawatan yang lebih cekap, bersepadu dan berteraskan teknologi digital. Katanya, EDRIS dibangunkan bukan sekadar sebagai platform pendidikan dan rekod rawatan pesakit, malah turut merangkumi fungsi pelaporan serta elemen sistem pintar yang menyokong pemantauan rawatan dialisis secara berterusan dan lebih berfokus kepada kesejahteraan pesakit.   "EDRIS adalah sistem kesihatan digital komprehensif yang dibangunkan untuk menyokong pesakit hemodialisis serta pengurusan pusat rawatan dialysis" katanya. Fadzli berkata, melalui sistem itu, pesakit dapat mempelajari, merekod dan mengurus tahap kesihatan mereka secara kendiri, manakala jururawat dan profesional kesihatan pula dapat memantau serta menyokong penjagaan pesakit melalui data berstruktur yang dijana secara berterusan. "Berbeza dengan diari digital konvensional, EDRIS mengintegrasikan elemen pendidikan kesihatan, penjagaan kendiri, pemantauan klinikal dan pelaporan pintar dalam satu platform bersepadu yang direka khusus untuk keperluan penjagaan hemodialisis. "Pendekatan ini bukan sahaja memperkasa pesakit untuk terlibat secara aktif dalam penjagaan kesihatan mereka, malah turut meningkatkan komunikasi antara pesakit dan pasukan penjagaan kesihatan serta menyokong pusat dialisis dengan penyediaan data pesakit yang lebih tersusun dan mudah dianalisis," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035