Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :-
Title :Universiti Malaya siasat dakwaan pensyarah kanan dikaitkan pengikut Freemason
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :12 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan di media sosial bahawa seorang pensyarah kanan di institusi itu mempunyai kaitan dengan gerakan Freemason. Dalam satu kenyataan hari ini, universiti itu berkata pihaknya menyedari dakwaan berkenaan dan telah memulakan siasatan bagi mendapatkan pemahaman menyeluruh mengenai perkara itu. UM turut memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan secara adil, telus dan mengikut undang-undang serta peraturan dan tatacara universiti. "Orang ramai dinasihatkan supaya membenarkan proses siasatan berjalan tanpa gangguan dan mengelakkan spekulasi atau penyebaran maklumat yang tidak disahkan, bagi melindungi integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat," menurut kenyataan itu. UM juga menegaskan komitmennya untuk memastikan perkara berkenaan ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. Hantaran di media sosial mendakwa bahawa pensyarah berkenaan dan isterinya mempunyai kaitan dengan sebuah cawangan Freemason di luar negara. Hantaran berkenaan menggambarkan pertubuhan itu sebagai tidak berlandaskan Islam dan mempersoalkan keputusan universiti melantik pensyarah berkenaan. Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan berusia ratusan tahun yang berasal dari Eropah sekitar abad ke-16 hingga 18 dan terkenal dengan mesyuarat tertutup, ritual serta penekanan terhadap nilai moral dan kerja kebajikan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035