Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurhanim Osman
Title :Penamatan kontrak staf UKM ikut prosedur
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan isu pemecatan dan penamatan kontrak lebih 20 staf yang tular di media sosial baru-baru ini, dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang, kuasa statutori serta proses pentadbiran yang ditetapkan. Dalam satu kenyataan, UKM menjelaskan tindakan itu juga selaras dengan peraturan serta garis panduan pelantikan staf yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Sebagai institusi pendidikan tinggi awam yang berteraskan prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik, UKM sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan pelantikan staf yang digariskan oleh JPA. "Setiap keputusan yang dibuat adalah mengikut prosedur pelantikan kakitangan awam dan proses pusingan kerja melalui pertimbangan profesional dan menyeluruh, berdasarkan keperluan serta kelestarian organisasi jangka masa panjang," menurut kenyataan itu hari ini. Dalam pada itu, UKM menegaskan komitmennya untuk terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan mandatnya sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. Terdahulu, tular satu video mendakwa lebih 20 staf UKM dipecat dan ditamatkan kontrak secara mengejut, dengan sebahagian daripada mereka dikatakan menerima notis dalam tempoh hanya 24 jam. Hantaran video itu turut mendakwa bahawa, menurut sumber dalaman UKM, sejak kemasukan pengurusan baharu, berlaku tindakan pemberhentian secara besar-besaran yang dikatakan membabitkan jawatan daripada penolong pendaftar hingga penasihat undang-undang universiti. Video itu turut memaparkan salinan surat rasmi notis penamatan perkhidmatan seorang staf bertarikh 22 Januari 2026.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035