Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :Pelajar UNISSA, UPSI dinobat johan qari dan qariah tilawah IPT ASEAN
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :15 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS: Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei, Muhammad Hamiz Mirza Sudirman dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Rushda Nuha Ramly, masing-masing dinobatkan sebagai qari dan qariah dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi ASEAN (MTHQ IPT ASEAN) 2025/2026, di sini, hari ini. Muhammad Hamiz, 23, pelajar tahun dua Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dan Rushda Nuha, 22, pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala pusingan serta sijil penghargaan. Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Muhammad Hamiz Mirza berkata, kejayaan itu didedikasikan khas buat bapanya, Sudirman Metusin, 48, yang sentiasa memberi dorongan dan galakan untuk beliau menyertai pertandingan berkenaan. Beliau yang berasal dari Bandar Seri Begawan, Brunei, berkata bapanya juga guru pertama yang mengajarnya membaca al-Quran dan taranum sebelum mendapat pendidikan formal menerusi Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) selama dua tahun. Sementara itu, Rushda Nuha yang berasal dari Sungai Besar, Selangor, berkata beliau tidak menyangka dapat meraih gelaran juara memandangkan persaingan sangat sengit, terutama daripada peserta Malaysia. Beliau berkata, kesibukan menghadapi peperiksaan akhir menyebabkannya hanya sempat berlatih selama seminggu sebelum pertandingan. Dalam pada itu, Sirajuddin berkata, MTHQ IPT ASEAN 2025/2026 adalah edisi ketiga penganjuran pertandingan itu yang diadakan di universiti berkenaan. Beliau berkata seramai 211 peserta daripada 50 institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil bahagian pada peringkat saringan sebelum 52 daripadanya terpilih ke peringkat akhir. "Tahun ini, buat pertama kali pertandingan membabitkan pelajar dari negara ASEAN seperti Indonesia dan Brunei," katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035