Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :27 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama 700 warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di universiti berkenaan, di sini hari ini. Keberangkatan tiba baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada jam 6.45 petang disambut Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib. Tengku Permaisuri Selangor yang juga Pro-Canselor UiTM kemudian berkenan menyampaikan sumbangan kepada 35 pelajar asnaf miskin serta orang kurang upaya (OKU) termasuk dua petugas OKU universiti. Sumbangan keseluruhan berjumlah RM7,000 itu diperuntukkan melalui Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM dengan penerima mendapat sumbangan RM200 setiap seorang. Baginda berdua kemudian berkenan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama warga universiti itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035