Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mohd Amin Jalil
Title :Pelajar UMPSA didakwa hina Islam: Tindakan lanjut KPT akan berpandukan hasil siasatan polis - Zambry
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :27 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
NILAI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil tindakan lanjut terhadap seorang pelajar universiti awam yang didakwa memijak al-Quran dan menghina Nabi Muhammad SAW, dengan berpandukan hasil siasatan polis nanti. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan sedemikian yang sama sekali tidak beradab dan menghina agama. "Sekarang, dia (pelajar terbabit) berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan, dan polis akan maklumkan kepada kita (KPT). "Bagi kita, tindakan lanjut terhadap pelajar itu (digantung pengajian atau sebagainya) adalah berpandukan hasil siasatan polis," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Kembara Ramadan Bersama Menteri Pendidikan Tinggi dan Iftar Perdana di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, malam ini. Turut hadir ialah Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani. Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kuantan, direman untuk membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam melalui media sosial. Dalam pada itu, Zambry menasihati orang awam, termasuk pelajar, supaya memelihara adab dan batas ditentukan agama dengan tidak menghina antara satu sama lain. "Kita perlu saling menghormati dalam kepelbagaian yang ada. Kita tidak boleh menghina mana-mana pihak kerana perbuatan itu boleh mengundang kontroversi. "Sifat saling menghormati itu sepatutnya dibina dalam diri, apatah lagi kita berada dalam institusi yang bukan dimiliki satu kaum. "Semua pelajar universiti awam kita terdiri daripada pelbagai kaum, jadi sifat saling menghormati kena ada," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035