|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat berketurunan Tionghua di Pahang dan di seluruh negara.
Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan perayaan itu diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan bersama keluarga serta sahabat handai.
"Semoga Tahun Baru Cina kali ini memberi keceriaan, kesihatan yang berpanjangan serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Pahang Darul Makmur khususnya, dan Malaysia amnya," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda berdua turut berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan Tan Sri Peter Cheah di Taman Suria di sini, hari ini.
Baginda berdua menyantuni Peter dan keluarganya kira-kira satu jam di majlis berkenaan.
Turut berangkat Tengku Panglima Raja Brig Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |