Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Tengku Hassanal ziarah waris 5 sekeluarga kes bunuh di Taman Cerating Damai
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :19 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan berangkat menziarahi waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cerating Damai di sini kelmarin. Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Tengku Hassanal menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada waris keluarga berkenaan. Turut mengiring ialah Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Sharudin Jali dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah. Semalam, suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Budaya Cherating di sini apabila jenazah lima sekeluarga yang ditemukan maut semalam selamat dikebumikan. Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56 dikebumikan bersama menantunya, Nurul Asshiykin Kamarulzaman, 33 serta dua cucunya iaitu Nur Sumayyah Humairah dan Nur Saffiyah Humairah masing-masing berusia dua dan lima tahun, dalam satu liang. Suspek yang berusia 32 tahun, dikebumikan berasingan kira-kira beberapa meter dari kubur berkenaan dalam kawasan tanah perkuburan sama. Kelmarin, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai membunuh ahli keluarganya sebelum menamatkan riwayat sendiri di rumah setingkat mereka di Taman Cerating Damai kira-kira jam 7 pagi. Siasatan mendapati suspek dipercayai menikam isterinya terlebih dahulu, diikuti ibunya dan kemudian dua anak perempuannya sebelum mengakhiri hidupnya sendiri menggunakan sebilah pisau. Polis menemui senjata berkenaan di lokasi kejadian.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035