Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pembinaan rumah ibadat wajib patuhi undang-undang: Sultan Pahang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :25 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa pembinaan mana-mana rumah ibadat di negeri ini wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keharmonian masyarakat majmuk. Baginda bertitah, membina rumah ibadat tanpa melalui saluran yang sah bukan sahaja melanggar peraturan, malah berpotensi mencetuskan salah faham serta ketegangan antara kaum dan agama. "Undang-undang ini bukan untuk menyekat, bukan juga untuk menindas tetapi untuk menyelaraskan serta menjamin keadilan dan keharmonian bersama," titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan Masjid Tengku Amir Ibrahim Sultan Abdullah di Taman Bukit Bendera, Temerloh, semalam. Titah itu disiarkan menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini. Turut berangkat pada majlis itu, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. "Ibarat membina rumah tanpa pelan, akhirnya akan roboh menyembah bumi," titah baginda sambil menegaskan bahawa negeri Pahang memerlukan ketertiban dan bukan tindakan terburu-buru yang mengundang sengketa. Sehubungan itu, baginda menyeru pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan melalui jawatankuasa rumah ibadat bukan Islam, Jabatan Agama Islam serta pemimpin komuniti berganding bahu memperjelaskan prosedur serta memberi bimbingan sewajarnya kepada masyarakat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035