|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan perasaan bangga dengan kejayaan Pahang mencatat skor tertinggi dalam Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025.
Baginda bertitah, pengiktirafan itu adalah satu pujian kepada seluruh rakyat negeri itu serta kerajaan negeri yang berjaya mengharmoni dan menegakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Pahang.
"Ini seharusnya menjadi satu kebanggaan kepada seluruh rakyat Pahang. Saya harap semangat harmoni dan perpaduan ini dapat diteruskan dan kekal buat selama-lamanya," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.
Baginda turut menegaskan bahawa semangat perpaduan adalah satu aset dan khazanah negeri yang amat bernilai serta perlu terus dipupuk, termasuk dalam kalangan generasi akan datang.
"Seri perpaduan ini adalah satu aset khazanah kita. Bersama-samalah kita semua menerapi semangat perpaduan ini dan mendidik generasi-generasi akan datang supaya terus menghargainya," titah baginda.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pencapaian itu bukan sekadar angka tetapi mencerminkan kesepaduan rakyat berbilang kaum dan agama, hasil tadbir urus berteraskan keadilan, ketelusan serta pembangunan yang seimbang demi kesejahteraan bersama.
"Alhamdulillah, Pahang merekodkan skor tertinggi IPNas 2025 dengan catatan 0.817, sekali gus muncul sebagai negeri paling kukuh dari segi perpaduan dan keharmonian rakyat di Malaysia.
"Syabas dan terima kasih kepada seluruh rakyat Pahang. Inilah bukti bahawa semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa kekitaan yang tinggi terus menjadi kekuatan negeri ini.
"Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus komited memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan memastikan pembangunan negeri ini dapat dinikmati semua," katanya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |