Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Fazli Ahmad
Title :UMPSA tubuh jawatankuasa siasat dakwaan pelajar hina Islam
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :25 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan seorang penuntut universiti terbabit menghina Islam. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata pihak universiti memandang serius dakwaan penyebaran kandungan berkenaan yang dimuat naik melalui akaun milik penuntut terbabit. Beliau berkata, universiti tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyebaran kandungan palsu atau berbaur kebencian. "Sentimen 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batas serta sensitiviti kerana ia boleh mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya termasuk komen atau status menyentuh isu sensitif di platform media sosial," katanya menerusi kenyataan, semalam. Yatimah berkata, siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar berkenaan didapati bersalah. "Tindakan boleh diambil mengikut Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti UMPSA (Tatatertib Pelajar) 2024," katanya. Pada masa sama, beliau mengingatkan semua warga UMPSA supaya tidak menyebarkan kandungan menyentuh isu 3R di media sosial kerana dikhuatiri boleh menggugat keharmonian dan keamanan negara. "Pihak universiti sentiasa mengingatkan semua warga supaya mengutamakan sikap hormat-menghormati serta kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat. "UMPSA juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035