Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Bunuh lima sekeluarga: Sultan Pahang zahir dukacita kejadian di Kuantan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :18/02/2026 | 04:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dan kekecewaan mendalam terhadap pembunuhan tragis yang berlaku di kawasan perumahan Cerating Damai di sini semalam. Baginda bertitah kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku dan amat mengejutkan khususnya apabila ia melibatkan sebuah keluarga. "Ini tidak harus berlaku dan sebagai Raja Pemerintah, saya nasihatkan rakyat supaya awasilah mereka yang cuba mempunyai perangai yang sebegini, tidak harus dibiarkan," titah baginda yang dimuat naik menerusi hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang. Baginda turut menyeru rakyat supaya sentiasa peka terhadap perubahan tingkah laku individu di sekeliling mereka serta tidak memandang ringan sebarang tanda yang boleh membawa kepada kejadian tidak diingini. Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan.  Kejadian kira-kira pukul 7 pagi semalam melibatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 3 dan 4 tahun dan ibu bapa mereka, masing-masing berusia 28 dan 32 tahun, yang ditemukan di dalam bilik tidur. Turut terlibat wanita berusia 55 tahun yang dijumpai maut di ruang dapur. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau sebelum bertindak mencederakan diri sendiri dan turut maut. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035