Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Istana Pahang kesan akaun Facebook palsu, jana video AI menyerupai Al-Sultan Abdullah
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :23/02/2026 | 22:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai menerusi media sosial.  Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, Istana Pahang memaklumkan telah mengesan kembali penularan beberapa klip video palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Al-Sultan Abdullah dan didakwa menawarkan tawaran bantuan kepada rakyat. “Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan, tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan,” menurut hantaran itu.  Hantaran itu turut memaklumkan Sultan Pahang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang di Facebook yang memiliki kira-kira 758,000 orang pengikut ketika ini.  “Di platform media sosial lain seperti instagram, TikTok dan Youtube hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my,” menurut hantaran itu.  -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035