Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Arena
Title :SK Betau prospek sekolah sukan Orang Asli pertama
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :24/02/2026 | 00:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SIAPA sangka sebuah sekolah di pedalaman mampu menjadi “kilang juara”? Sekolah Kebangsaan Betau di Kuala Lipis, Pahang kini muncul sebagai kuasa baharu pembangunan sukan akar umbi dalam kalangan komuniti Orang Asli. Bermula dengan Klinik Sepak Takraw STL, bakat-bakat muda mula digilap secara lebih tersusun. Ada yang kini bersama skuad takraw peringkat lebih tinggi, malah melangkah ke institusi teknikal di bawah Majlis Amanah Rakyat — membuktikan laluan sukan mampu membuka pintu masa depan. Bukan itu sahaja, SK Betau turut menyerlah dalam olahraga menerusi acara pecut, lompat jauh dan merentas desa di peringkat zon dan daerah. Dalam bola sepak, pemain muda mereka juga mencipta nama mewakili Kuala Lipis. Daripada padang kampung ke pentas negeri, SK Betau membuktikan satu hakikat – bakat Orang Asli bukan sekadar ada, tetapi sedang bangkit mencabar arus perdana.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035