Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :UMPSA siasat dakwaan pelajar sebar hantaran sentuh isu 3R
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :25/02/2026 | 11:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang menyiasat seorang individu didakwa pelajarnya kerana menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga menjejaskan keharmonian awam. UMPSA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah) (Tatatertib Pelajar) 2024. "UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian. Sentimen 3R ini tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu turut mengingatkan semua warga universiti agar sentiasa mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat. 'Warga UMPSA diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan menyentuh isu berkaitan 3R di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara," menurut kenyataan itu. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035