Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Provokasi agama: Serah kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan - PM Anwar
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :01/03/2026 | 13:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat supaya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama. Beliau yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus melalui siasatan yang sedang dijalankan. “Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini. Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa tuduhan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas. Perdana Menteri berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa. Pada 25 Feb lepas, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dan setakat semalam, sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan. -- BERNAMA        
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035