Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pelajar hina al-Quran: Tindakan ikut peraturan universiti - Zambry
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :02/03/2026 | 21:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BACHOK: Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina dan mencemarkan al-Quran akan diambil tindakan tegas mengikut peraturan universiti. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pelbagai pihak menggesa agar pelajar berkenaan dibuang dari universiti, dan kementeriannya tidak berkompromomi terhadap tindakan pelajar terbabit. Beliau berkata pihak pentadbiran universiti juga telah bertindak pantas dengan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. "Soal tindakan yang dilakukan oleh pelajar berkenaan kita tidak boleh kompromi kerana ia terletak di bawah perkara yang berkaitan dengan undang-undang. "UMPSA telah bertindak pantas melaporkan kepada pihak polis dan tindakan sedang diambil," katanya pada sidang media sempena Majlis Iftar Mahabbah IPTA KElantan@UMK 2026 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok hari ini. Beliau berkata kes seumpama itu tidak boleh dibiarkan kerana ia berpotensi mencetuskan konflik lebih mendalam selain turut mengingatkan semua pihak terutama warga institusi pengajian tinggi untuk sentiasa menyuburkan semangat saling menghormati bagi mengekalkan keharmonian. "Adalah malang apabila ada kes seperti ini (menghina agama) dilakukan oleh seseorang, baik dalam kalangan pelajar mahupun komuniti universiti. "Kes-kes khususnya yang melibatkan 3R (agama, institusi diraja dan kaum) tidak boleh kita biarkan berpanjangan. Langkah bersama perlulah dilakukan dengan penuh hikmah dan bijaksana bagi memelihara keamanan dan kestabilan negara," katanya. Pada 25 Februari lepas, seorang pelajar UMPSA ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dengan memijak al-Quran dan setakat semalam sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah dilapor berkata reman terhadap lelaki berumur 21 tahun itu disambung hingga esok selepas menerima arahan Timbalan Pendakwa Raya supaya beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035