Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
Title :Tatakelola, ketidakpatuhan kewangan: KPT tunggu laporan penuh UKM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :05 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menunggu laporan penuh daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membabitkan isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada universiti itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya wujud pelanggaran yang serius. "KPT telah menetapkan peraturan-peraturan untuk universiti mengikuti langkah yang perlu. "Dalam konteks UKM ini, kita serahkan kepada pihak universiti untuk mengambil langkah seterusnya termasuklah seperti yang telah disebutkan. "KPT menunggu laporan selanjutnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Iftar Bersama Warga KPT, di sini pada Khamis. Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuka dua kertas siasatan terhadap universiti berkaitan isu program pengambilan pelajar yang dikesan tidak mendapat kelulusan ahli lembaga pengarah serta isu tuntutan palsu. Dalam LKAN 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini, UKM dikesan berlaku ketakteraturan serius dan pelanggaran tatakelola dalam kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di universiti itu yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan kewangan. Menurut laporan itu, kutipan hasil dibuat oleh pihak tidak diberi kuasa iaitu Koperasi B-5-1788 bagi yuran pelajar berjumlah RM50.74 juta, merangkumi Sarjana Pendidikan (SPEND) RM3.53 juta dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) RM47.21 juta. Selain itu, hasil yuran pelajar sebanyak RM32.36 juta yang diagihkan kepada Koperasi B-5-1788 termasuk RM0.87 juta diterima oleh UKM melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan eKewangan tidak direkodkan sebagai hasil yuran pelajar UKM. Laporan itu menyatakan agihan yuran yang dikutip daripada pelajar SPEND dan DPLI oleh Koperasi B-5-1788 berjumlah RM21.02 juta, lewat diserahkan kepada pihak UKM antara 31 hingga 291 hari.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035