Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Kerajaan tegas, tiada kompromi penghinaan al-Quran
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :03 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam, khususnya melibatkan kitab suci al-Quran. Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, kerajaan memandang serius penyebaran fitnah yang berniat jahat, tohmahan serta rujukan palsu yang sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. "Tindakan ini secara jelas bertujuan memburukkan usaha kerajaan dan menggugat ketenteraman awam dengan mencampuradukkan isu-isu yang berbeza. "Berkenaan isu penodaan al-Quran melibatkan seorang mahasiswa, Kerajaan Madani ingin sekali lagi menegaskan bahawa individu berkenaan telah ditahan oleh pihak polis pada 25 Februari. "Sehari selepas kejadian diketahui umum, tindakan serta-merta telah diambil dan individu tersebut juga telah didakwa di mahkamah hari ini,” katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia pada Selasa. Tunku Nashrul berkata, negara ini ditadbir berlandaskan undang-undang seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keadilan hakiki menuntut proses perundangan yang telus, bukannya penghukuman tanpa usul periksa. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai supaya merujuk sumber sahih sebelum menyebarkan maklumat, tidak menggunakan media sosial untuk menyebarkan dakwaan tidak berasas serta memberikan ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan adil. "Jangan memperalatkan kesucian agama bagi kepentingan politik kepartian,” katanya. Dalam pada itu, Tunku Nashrul berkata, Kerajaan Madani mendoakan agar ibadah puasa umat Islam diterima dan dipermudah, selain terus komited memastikan kemakmuran negara dapat dipertingkatkan secara berterusan.- Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035