Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :09/03/2026 | 10:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Prof Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia petang semalam. Menerusi hantaran Facebook, baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. “Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan serta tabah atas kehilangan insan tersayang,” menurut hantaran itu.  Menurut hantaran itu, Allahyarham merupakan tokoh ilmuwan yang banyak berjasa dan dikenali sebagai pengasas konsep Islamisasi ilmu pengetahuan yang memberi pengaruh besar terhadap perkembangan pemikiran pendidikan Islam moden di peringkat antarabangsa. “Sepanjang kerjayanya dalam dunia akademik, Allahyarham menghasilkan puluhan karya ilmiah merangkumi pelbagai bidang termasuk falsafah, sejarah, teologi, kesusasteraan dan tamadun Islam. “Antara karya berpengaruh beliau ialah Islam and Secularism, The Concept of Education in Islam serta Prolegomena to the Metaphysics of Islam, yang menjadi rujukan penting dalam kalangan sarjana di seluruh dunia,” menurut hantaran itu.  Kesultanan Pahang memaklumkan sumbangan besar Allahyarham dalam memartabatkan tradisi keilmuan Islam serta memperkukuh wacana intelektual Melayu-Islam menjadikan beliau antara tokoh pemikir paling berpengaruh di rantau ini. Syed Muhammad Naquib, pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) meninggal dunia pada 6.47 petang semalam. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035