Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro AWANI
Title :Jabatan Mufti Pahang nafi keluarkan surat penetapan waktu solat Aidilfitri
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :14/03/2026 | 10:05 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Mufti Negeri Pahang mengesahkan bahawa satu dokumen yang tular di media sosial berkaitan penetapan waktu solat sunat Aidilfitri bagi negeri ini adalah palsu. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, jabatan tersebut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyebaran dokumen yang didakwa sebagai surat rasmi itu. "Untuk makluman orang ramai, dokumen tersebut adalah palsu dan bukan dikeluarkan pihak kami," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada jabatan tersebut atau pihak berkuasa agama negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Tegas kenyataan itu, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini berterusan. "Kerjasama semua pihak dalam mengekang penyebaran berita palsu amatlah dihargai," katanya. - Sinar Harian  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035