Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Khalis Khadir
Title :Seramai 3,000 penerima nikmati sumbangan Sinar Syawal MADANI
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication : 13/03/2026 | 21:51 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Program Sinar Syawal MADANI Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026 membawa sinar kegembiraan kepada 3,000 penerima apabila mereka diraikan dalam majlis yang berlangsung di Jakel Kuantan, Pahang. Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan pakaian hari raya bernilai RM200 kepada setiap penerima. “Antara penerima yang diraikan termasuklah pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga asnaf, pelajar sekolah rendah kategori asnaf, anak-anak yatim, pelajar maahad tahfiz, golongan ibu tunggal serta golongan kurang berkemampuan di sekitar Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan,” katanya dalam hantaran di media sosial pada Jumaat. Ahmad Farhan berkata, program ini bagi meringankan beban mereka menjelang persiapan Aidilfitri agar segenap lapisan keluarga dapat menikmati kemeriahan Syawal. Jelas beliau, usaha ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani bagi menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035