Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Anwar adakan lawatan kerja ke Kuantan esok
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :02/04/2026 | 15:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan lawatan kerja sehari ke Kuantan esok, merangkumi agenda pembangunan daerah serta program bersama dengan golongan belia dan pesilat. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata lawatan berkenaan akan dimulakan dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih, diikuti sesi ramah mesra dengan penduduk setempat. “Usai solat Jumaat, Perdana Menteri akan mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Kuantan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan bagi membincangkan agenda pembangunan setempat termasuk usaha memperkukuh ekonomi daerah serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Farhan berkata pada sebelah petang, Anwar dijadualkan menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI di pekarangan UTC Kuantan pada 3 petang, yang dijangka menghimpunkan lebih 7,000 anak muda dari seluruh negeri. “Pehimpunan ini bakal menjadi ruang untuk anak muda dan belia negeri Pahang membina kesedaran, memperkukuh pemikiran kritikal serta mengambil peranan sebagai generasi yang akan mencorakkan masa depan negara, selain berpeluang untuk berinteraksi secara langsung bersama Perdana Menteri dalam memberikan pendapat dan buah fikiran bersama,” katanya.  Beliau berkata Anwar kemudiannya akan mengakhiri lawatan dengan menyertai Himpunan Pendekar MADANI Pahang di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) pada 8 malam, yang menghimpunkan tokoh silat, guru serta pesilat dari seluruh negeri. Program itu, katanya, amat signifikan dalam usaha memartabatkan seni silat sebagai warisan budaya bangsa selain memperkukuh nilai disiplin, perpaduan dan semangat persaudaraan. Ahmad Farhan berkata gabungan kedua-dua himpunan ini melambangkan keseimbangan antara pembangunan minda generasi muda dengan pengukuhan identiti serta semangat perjuangan bangsa. "Ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan golongan belia sebagai aset masa depan negara serta memelihara khazanah seni warisan agar terus subur dan relevan selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya. -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035