Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :PM Anwar rasmi cawangan pertama kedai runcit MADANI Mart
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :03/04/2026 | 17:18 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan kedai runcit MADANI Mart cawangan pertama di negara ini di Indera Mahkota 8 (IM8) di sini, yang dilaksanakan sebagai inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Anwar yang juga Menteri Kewangan turut meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat kedai runcit berkenaan sambil diiringi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.  Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi. Inisiatif MADANI Mart yang diterajui Yayasan MADANI merupakan konsep kedai komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan mudah dicapai oleh rakyat, berteraskan slogan “Kedai Runcit Harga Rahmah.” Sementara itu, Fuziah ketika ditemui pemberita berkata MADANI Mart merupakan satu pendekatan strategik yang signifikan dalam menangani cabaran kos sara hidup rakyat secara lebih menyeluruh dan bersasar. Beliau berkata inisiatif itu tidak melibatkan pengeluaran modal daripada kerajaan sebaliknya digerakkan melalui model kerjasama strategik melibatkan sektor awam iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), operator atau pemegang lesen (swasta) dan Yayasan MADANI (sosial). “Dalam model terdahulu, kerajaan keluar modal dan bayar untuk mengubah suai, beli stok…MADANI Mart kerajaan langsung tidak keluar modal,” katanya ketika ditanya perbezaan MADANI Mart dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Sementara itu, beliau berkata MADANI Mart membuka ruang kepada komuniti dan usahawan tempatan untuk turut serta dalam perniagaan itu.  MADANI Mart menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 cawangan di seluruh Malaysia, dengan matlamat memastikan setiap DUN mempunyai sekurang-kurangnya satu cawangan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035