Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norhaspida Yatim
Title :KPT, Kementerian Luar pantau rapi keselamatan pelajar di rantau Teluk
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :30 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Luar bekerjasama bagi memantau rapi keberadaan serta keselamatan mahasiswa Malaysia yang berada di negara-negara Teluk. ​Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu diambil susulan ketidaktentuan situasi geopolitik yang sedang melanda rantau berkenaan ketika ini. Menurutnya, pemantauan secara terperinci sedang dilakukan bagi memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan selamat dan jauh daripada sebarang ancaman. ​"Setakat ini kita masih belum menerima laporan khusus mengenai kedudukan pelajar di kawasan-kawasan yang dikhuatiri menjadi sasaran konflik. ​"Difahamkan sebarang tindak balas melibatkan Iran lebih tertumpu kepada pangkalan, lokasi atau institusi yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS). ​"Justeru, saya sudah mengarahkan KPT untuk mengenal pasti segera keberadaan pelajar kita, khususnya di institusi pengajian tinggi di rantau Teluk yang mempunyai hubungan dengan negara tersebut," katanya. ​Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sembang Santai bersama mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Perdana UniSZA, di sini pada Isnin. ​Mengulas lanjut, Zambry berkata, walaupun jumlah pelajar Malaysia di sesetengah negara Teluk tidaklah begitu besar, namun aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan kerajaan tanpa mengira bilangan mereka. Tambah beliau, Kementerian Luar juga sedang melaksanakan tindakan susulan serta penyelarasan dengan pihak berkuasa di negara-negara terlibat bagi memantau perkembangan daripada semasa ke semasa. ​Ujarnya, kelompok pelajar yang agak ramai dikesan berada di Arab Saudi, manakala di negara Teluk lain yang mempunyai kaitan dengan institusi AS, jumlahnya adalah terhad. ​"Sama ada jumlah mereka ramai atau sedikit, kerajaan tetap akan mengambil langkah sewajarnya. Keselamatan setiap rakyat Malaysia di luar negara mestilah sentiasa terjamin," ujar beliau.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035