Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mohd Izzatul Izuan Tahir
Title :Selangor perkenal pendidikan separa percuma di UIS, Unisel
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :08 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperkenalkan inisiatif pendidikan separa percuma kepada anak negeri ini yang melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (Unisel) sebagai usaha memperkasa pembangunan generasi muda. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, melalui inisiatif itu pelajar hanya perlu membayar separuh daripada kos pengajian, manakala baki selebihnya akan ditanggung kerajaan negeri. Menurutnya, langkah itu menjadikan Selangor antara negeri terawal yang memperkenalkan bantuan pendidikan seumpamanya selepas Sarawak yang melaksanakan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi miliknya. "Selangor melaksanakan konsep separa percuma berdasarkan kedudukan kewangan negeri. "Sebagai contoh, jika kos pengajian RM30,000 hingga RM38,000, pelajar hanya perlu membayar kira-kira RM15,000 kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), manakala baki akan ditanggung kerajaan negeri," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pertemuan bersama aktivis muda dan pemimpin mahasiswa Selangor di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini pada Ahad. Amirudin berkata, kira-kira 4,000 pelajar dikenal pasti untuk menerima manfaat daripada inisiatif itu yang dilaksanakan di kedua-dua institusi pengajian berkenaan. Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha membangunkan potensi generasi muda bukan sekadar melalui aktiviti belia atau pemberian geran, sebaliknya memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan. "Kerajaan negeri percaya pendidikan adalah kunci utama untuk memastikan Selangor terus maju dan mengekalkan kecemerlangan pada masa depan," tambah beliau. Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor mempunyai komposisi penduduk muda yang besar apabila hampir 40 hingga 45 peratus rakyatnya berusia bawah 40 tahun. Katanya, faktor itu menjadi antara asas kepada pengenalan Dasar Belia Negeri Selangor yang memberi tumpuan kepada pelbagai ruang penglibatan anak muda. "Pada masa sama, kerajaan negeri juga mewujudkan jaringan bersama pelajar melalui pelbagai platform termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), persatuan mahasiswa dan kumpulan belia bagi memastikan suara mereka terus didengar," jelas beliau. Amirudin berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan beberapa inisiatif lain termasuk Program Tuisyen Rakyat yang kini memberi manfaat kepada kira-kira 120,000 pelajar. Selain itu, katanya, jumlah baucar buku yang disediakan turut ditingkatkan daripada 4,000 unit pada tahun lalu kepada 10,000 unit pada tahun ini susulan peningkatan hasil negeri. "Apabila hasil negeri bertambah, kita mahu lebih ramai pelajar mendapat manfaat sebab itu kita tambah jumlah baucar buku supaya lebih ramai anak muda boleh menggunakannya untuk membeli bahan bacaan," ujar beliau.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035