Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Pahang teruskan inisiatif R&R sementara di LTU sempena Aidilfitri
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :19 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif menyediakan kemudahan rehat dan rawat (R&R) sementara di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), khususnya menjelang peningkatan aliran trafik sempena musim perayaan dan cuti umum bagi keselesaan dan keselamatan pengguna laluan itu. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun penyediaan kemudahan R&R di lebuh raya itu pada asasnya merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri tidak mahu menunggu sehingga kemudahan kekal disiapkan sepenuhnya. Menurutnya, langkah proaktif diambil bagi memastikan pengguna jalan raya tetap mendapat kemudahan asas yang selesa dan selamat sepanjang perjalanan mereka. "Inisiatif ini merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan pada tahun lalu dengan penambahbaikan kemudahan, penyelenggaraan dan tahap kebersihan. "Sehubungan itu, kerajaan negeri telah mengarahkan agensi-agensi penyelenggara yang terlibat supaya memastikan semua kemudahan R&R sementara ini berada dalam keadaan baik, bersih, selamat dan berfungsi dengan sempurna sepanjang tempoh operasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Wan Rosdy berkata, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya. Katanya, amalan menjaga kebersihan, tidak membuang sampah merata-rata serta mematuhi disiplin semasa berada di kawasan R&R amat penting bagi memastikan kemudahan itu dapat dimanfaatkan semua pihak dalam keadaan yang selesa. "Kerajaan Negeri Pahang terus komited dalam memperkukuh penyediaan infrastruktur serta kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat dan para pengguna jalan raya yang melalui negeri ini. "Di kesempatan ini, saya menasihati pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi masing-masing," ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035