Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :09/04/2026 | 18:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga setakat 4 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat meliputi Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang di Kelantan, selain Jerantut, Temerloh dan Maran di Pahang. Turut terlibat ialah Kinta (Perak), Gombak (Selangor), Jempol (Negeri Sembilan) dan Segamat (Johor). Menurut MetMalaysia status suhu Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.  -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035