Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Rumah teres, kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Temerloh Jaya
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :17/04/2026 | 08:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sebanyak 13 penghuni termasuk seorang wanita warga emas dan tiga kanak-kanak terselamat selepas rumah yang didiami mereka terlibat dalam kebakaran di Taman Temerloh Jaya, Temerloh, awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.26 pagi.  Beliau berkata tiga rumah terlibat dalam kejadian itu, sebuah rumah mengalami kemusnahan sebanyak 80 peratus, manakala dua lagi masing-masing terbakar antara 20 hingga 30 peratus. "Turut musnah sepenuhnya dalam kejadian itu sebuah kereta jenis Perodua Kancil," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin berjaya mengawal kebakaran pada 3.16 pagi tadi dengan menggunakan teknik pemadaman menerusi dua aliran hos salur bantu mula dari tangki jentera serta satu aliran hos 100 kaki dari pili bomba. “Pihak Balai Bantuan BBP Temerloh turut menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air bagi memastikan api tidak merebak ke unit kediaman lain,” katanya. Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035