Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Remaja hilang di Pantai Balok keluar dari asrama tanpa kebenaran
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :18/04/2026 | 13:10 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Aktiviti yang dijalankan beberapa pelajar di Pantai Balok di sini semalam bukan sebahagian daripada program rasmi yang dianjurkan pihak sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian petang semalam, beberapa pelajar telah keluar asrama untuk beriadah tanpa pengetahuan pihak sekolah. “JPN Pahang prihatin terhadap kehilangan seorang pelajar sekolah sewaktu beriadah bersama rakan-rakan di Pantai Balok, Pahang pada Jumaat. “Usaha mencari pelajar yang hilang sedang dipergiatkan dengan bantuan pihak berkuasa. JPN Pahang mendoakan semoga pelajar yang hilang dapat segera ditemui dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu. Media semalam melaporkan seorang remaja  lelaki dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mencari kepah di pantai berkenaan semalam.  Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa berusia 16 tahun itu pada 6.02 petang. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035