Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kerajaan peruntuk RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal - Mohd Shahar
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :18/04/2026 | 23:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.  Beliau berkata peruntukan tahun ini disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Halal Development Corporation (HDC). Katanya antara projek dan program diluluskan adalah yang menumpukan pembangunan inovasi dan teknologi halal, program pemudah cara pensijilan halal dan program pengukuhan integriti halal seperti pembangunan sistem My e-Halal JAKIM.  “Melalui peruntukan serta sokongan pembiayaan yang diberikan, penggiat halal diharapkan dapat membangunkan kapasiti perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri halal negara,” katanya.  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Pantai Timur Antarabangsa Pahang (PIECES) bersempena Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pantai Timur Malaysia 2026 di sini hari ini. Sementara itu, beliau ketika ditemui Bernama berkata Pahang mempunyai potensi luas dalam memperkasa industri halal berikutan mempunyai kelebihan dari segi kedudukan yang strategik dan kemudahan logistik. Justeru, beliau berharap pemain industri bersedia dan memanfaatkan infrastruktur logistik seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi tahun depan.  “Kemudahan sudah ada dan industri mesti dibangunkan secepat mungkin. Kementerian Ekonomi melihat Pahang sudah ada kekuatan namun kita perlu ada sinergi, jangan bekerja secara bersendirian.  “Selain itu, kita mesti guna peluang yang ada dan paling penting kena agresif. Jangan biarkan ruang yang ada ini tidak dimanfaatkan oleh anak-anak dan usahawan tempatan,” katanya -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035