Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Rakyat harus waspada ketika lakukan aktiviti air di kawasan berisiko - Sultan Pahang
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :19/04/2026 | 04:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihati rakyat supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air khususnya di kawasan berisiko seperti pantai serta sungai. Baginda berdua turut mengingatkan orang ramai supaya menitikberatkan aspek keselamatan seperti memakai jaket keselamatan ketika berada di laut atau kawasan perairan terbuka serta mengelakkan aktiviti tanpa pengawasan atau melakukannya di lokasi yang tidak selamat. “Selain itu, ibu bapa dan penjaga diseru agar sentiasa memantau pergerakan serta keselamatan anak-anak terutama ketika berada berhampiran kawasan air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” titah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang malam tadi.  Baginda berdua turut bertitah bahawa sikap berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling serta pematuhan kepada langkah keselamatan mampu membantu mengurangkan risiko kemalangan seterusnya melindungi nyawa. Dalam hantaran sama, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar iaitu Luqman Kamil Jamaluddin, 16, dan  Muhammad Fauzan Aziman Mohd Saad, 18, yang ditemukan lemas dalam insiden berasingan masing-masing di Kuantan dan Maran petang Sabtu. Baginda berdua mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta berharap segala urusan keluarga dipermudah selain tabah atas kehilangan insan tersayang. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035