Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Poliana Ronnie Sidom
Title :UMS pergiat penyelidikan jadikan Sabah pengeluar utama makanan di Asia Tenggara
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :03 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SANDAKAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempergiat penyelidikan dalam bidang teknologi makanan dan pertanian moden sebagai usaha menjadikan Sabah sebagai pengeluar utama makanan di rantau Asia Tenggara. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, berkata penyelidikan itu dibangunkan Fakulti Pertanian Lestari termasuk menerusi penggunaan teknologi pertanian pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) dengan tumpuan terhadap agenda sekuriti makanan bagi menyokong aspirasi kerajaan negeri. Katanya, UMS memainkan peranan penting bagi memastikan industri itu berkembang bukan saja di peringkat hiliran, tetapi juga sektor huluan khususnya di daerah ini yang kaya dengan sumber asli dan berpotensi besar dalam bidang pertanian. "UMS komited melahirkan graduan dilengkapi ilmu serta kemahiran teknologi terkini bagi memastikan sektor pertanian di negeri ini terus berdaya saing. "Usaha ini bukan saja untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan, malah berpotensi menjadi pengeluar utama makanan di rantau Asia Tenggara pada masa hadapan," katanya kepada media pada Majlis Apresiasi dan Iftar Sahabat Media UMS Sandakan, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMS, Dr Rizal Zamani Idris. Seramai 16 wartawan yang mewakili pelbagai agensi menghadiri program berkenaan. Mengenai program itu, Kasim berkata, kerjasama strategik dengan rakan media amat signifikan dalam mengetengahkan pencapaian universiti itu khususnya penyelidik yang banyak menyumbang terhadap pembangunan negeri. Katanya, sambutan 31 tahun UMS yang ditubuhkan sejak 1994 menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi peranan UMS sebagai institusi yang berdaya saing selaras dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) bagi tempoh 10 tahun akan datang. "UMS terus melangkah ke hadapan sebagai pusat kecemerlangan ilmu di Sabah dan Borneo. "Sokongan berterusan daripada media akan membantu memastikan setiap usaha UMS dapat dikongsikan secara meluas kepada masyarakat," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035