Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :Pelajar Malaysia di luar negara selamat, KPT terus pantau - Zambry
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :07 April 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia di luar negara secara keseluruhannya berada dalam keadaan selamat walaupun berdepan dengan situasi geopolitik semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dalam memantau kebajikan dan keselamatan pelajar Malaysia di luar negara. “Kita akan teruskan usaha membantu mereka dan apa sahaja bantuan akan dikendalikan berdasarkan kes demi kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 di sini, pada Selasa. Beliau berkata, situasi yang dihadapi pelajar berbeza mengikut negara termasuk dari segi jumlah dan cabaran setempat. Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, KPT tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah di institusi pendidikan tinggi (IPT). Beliau berkata, sebarang isu melibatkan penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah di mana-mana IPT sama ada pada peringkat universiti, politeknik dan sebagainya perlu dipandang serius tanpa mengira skala. Zambry berkata, KPT sentiasa memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan atau semakan kes, selain merujuk kepada Jabatan Audit Negara dalam perkara berkaitan penggunaan sumber kewangan dan pelaksanaan projek. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035