Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Pahang
Main Author :BERNAMA
Title :Kes tatatertib pelajar didakwa cemar al-Quran diputuskan minggu depan - UMPSA
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :04 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kes tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. "Proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024 yang boleh dihukum sehingga dibuang daripada universiti, jika sabit kesalahan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kolaborasi UMPSA Bersama Media dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini. Semalam, penuntut berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas. Bagaimanapun, S Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035