Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Farhana Nizam
Title :MSU santuni 200 anak yatim daripada 20 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :09 Mac 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Management and Science University (MSU) menyantuni 200 anak yatim daripada 20 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena program Ihya Ramadan dan Penyerahan Zakat Anak-Anak Yatim 2026. Sempena majlis itu, MSU turut menyediakan sumbangan dan duit raya berjumlah RM120,000 kepada rumah kebajikan terbabit dan penghuninya. Antara rumah kebajikan terbabit ialah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Pusat Jagaan Amal Asyura, Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah. Turut serta lima rumah kebajikan baharu iaitu Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Al-Faeez, Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Miskin Sungai Pinang di Klang, Pertubuhan Pendidikan dan Pembangunan Sosial Ibn Battuta, Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia. Presiden dan Pengasas MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata tujuan program untuk menyantuni dan berkongsi rezeki, selain menjadi tanda keprihatinan MSU terhadap aspek kebajikan dan pembangungan komuniti. "Program ini turut menyaksikan pelaksanaan lebih 657 aktiviti membabitkan warga kampus, komuniti setempat serta komuniti antarabangsa," katanya melalui kenyataan media. Tambah Mohd Shukri, program penyerahan zakat dan duit raya adalah tradisi MSU yang mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti, menyuburkan budaya kesyukuran dan memberi dalam kalangan warga kampus serta masyarakat. "Program Ihya Ramadan 2026 ini meneruskan pelaksanaan lima teras utama adalah RamadanCare, RamadanShare, RamadanRecharge, RamadanVibes serta RamadanConnect," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035