Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :JAIP tarik sijil halal dua syarikat
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 April 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil pengesahan halal membabitkan dua syarikat berpangkalan di negeri ini berkuat kuasa serta-merta. Dua syarikat terbabit ialah GoodFood Industries Sdn Bhd dan NKM (Kuantan) Sdn Bhd. Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi agensi itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Bil. 4/Sesi 1 Tahun 2026. “Orang ramai diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa serta tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat. “Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut hantaran itu. Bagaimanapun, JAIP tidak memperincikan sebab penarikan sijil halal berkenaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035