Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Istana Pahang nafi tawaran bantuan Al-Sultan Abdullah di TikTok
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :20 April 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Istana Pahang menafikan sebarang bentuk tawaran bantuan kepada orang ramai oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disebarkan di platform TikTok.  Istana Pahang menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang memaklumkan terdapat akaun palsu di platform itu yang meminta pengguna menghantar mesej dan nombor telefon ke akaun berkenaan bagi mendapatkan tawaran hadiah. "Sultan Pahang tidak mempunyai sebarang akaun media sosial yang dilihat banyak dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambar Al-Sultan Abdullah untuk memperdaya orang ramai. "Begitu juga dengan akaun palsu, terutamanya Facebook dan TikTok menggunakan nama serta gambar Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” menurut hantaran itu.  Istana Pahang menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika menerima pelawaan atau kandungan mencurigakan. Istana Pahang memaklumkan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan menerusi platform media sosial menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi ialah istanapahang.my. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035