Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kebakaran Kampung Bahagia: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :20 April 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang pada Isnin turut mendoakan agar mereka terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudah segala urusan dalam menghadapi ujian berat itu. "Baginda berdua amat tersentuh dengan tragedi yang mengakibatkan kemusnahan besar apabila kira-kira 1,000 rumah dilaporkan musnah sekali gus menjejaskan 9,007 penduduk. "Baginda berdua mendoakan agar semua mangsa sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” menurut hantaran itu. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi menyelamat dan bantuan kecemasan kejadian itu serta berharap segala usaha pemulihan dapat dilaksanakan segera. Semalam, media melaporkan kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia yang berlaku pada awal pagi menyebabkan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035