Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :KPT perkukuh penyelarasan Dasar Pendidikan Tinggi dengan kerajaan negeri
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :21/04/2026 | 18:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadakan mesyuarat bersama-sama ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri pendidikan dan pendidikan tinggi sebagai platform strategik memperkukuh penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dalam sektor pendidikan tinggi. Dalam kenyataan hari ini, KPT memaklumkan mesyuarat semalam dipengerusikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga bertujuan menghebahkan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035. “Ini sekali gus memastikan kerajaan negeri memperoleh pemahaman jelas dan terkini berhubung dasar, strategi serta keutamaan pembangunan pendidikan tinggi negara. “Selain itu, mesyuarat turut memberi fokus kepada hala tuju pendidikan tinggi negara termasuk perkembangan dan isu semasa pada peringkat nasional serta antarabangsa. “Pendekatan ini penting dalam memastikan penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang lebih berkesan pada peringkat negeri,” menurut kenyataan itu. KPT memaklumkan mesyuarat dimanfaatkan untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan konstruktif, khususnya berkaitan cabaran pelaksanaan serta potensi kerjasama strategik antara kementerian itu dan kerajaan negeri. “Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi yang responsif, berdaya saing dan mampan.  “Di samping itu, ia juga memperluas jaringan kolaborasi strategik pembangunan bakat, penyelidikan, inovasi dan peningkatan kebolehpasaran graduan selaras dengan aspirasi pembangunan negara,” menurut kenyataan itu. KPT memaklumkan mesyuarat dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim, Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan barisan pengurusan tertinggi KPT.  Pengerusi jawatankuasa negeri pula ialah Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.  Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka Datuk Rahmad Mariman. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035