Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Menteri Besar Pahang pula gesa Zoo Taiping bawa pulang gajah Malaysia dari Jepun
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :29/04/2026 | 17:37 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak Zoo Taiping & Night Safari mengambil tindakan segera membawa pulang tiga gajah Malaysia, iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Tennoji Zoo, Osaka, Jepun. Wan Rosdy berkata ketiga-tiga gajah itu wajar dibawa pulang dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Temerloh yang disifatkan lebih sesuai dengan habitat serta keperluan semula jadi haiwan berkenaan. Beliau berkata pusat konservasi itu mempunyai kepakaran serta persekitaran yang lebih kondusif untuk pemuliharaan dan penjagaan gajah, khususnya dari aspek interaksi sosial, ruang pergerakan dan kesejahteraan psikologi haiwan. “Kita bertanggungjawab memastikan setiap khazanah negara dipelihara dengan sebaiknya dan dalam isu ini, tempat paling wajar bagi mereka adalah kembali ke bumi sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata isu melibatkan ketiga-tiga mamalia berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah sebahagian daripada khazanah biodiversiti negara yang wajar dipelihara dengan sebaiknya. “Berdasarkan gesaan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup serta pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia mengenai keadaan mamalia itu di sana, saya berpandangan perkara ini tidak boleh dipandang ringan,” katanya. Terdahulu, Arthur dilaporkan berkata cadangan pelbagai pihak termasuk NGO untuk membawa pulang tiga gajah negara bernama Dara, Amoi dan Kelat wajar dipertimbangkan secara serius.  -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035