Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Essan Yahya
Title :Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah akibat komplikasi jantung
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :02/05/2026 | 04:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
MEKAH: Seorang daripada jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pada Jumaat, selepas rebah ketika berada di kawasan Masjidil Haram. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, pada sidang media memaklumkan, Allahyarham merupakan seorang lelaki berusia 65 tahun dari Pahang yang hadir menunaikan ibadah haji bersama isterinya. Menurut beliau, kejadian berlaku ketika Allahyarham berada di dataran Masjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Katanya, pasukan perubatan segera memberikan rawatan awal termasuk bantuan pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Jiwar Jabal Omar, Mekah. “Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.15 tengah hari akibat komplikasi jantung (cardiac arrest),” katanya. ‘’Pihak Tabung Haji (TH) telah membantu menguruskan segala urusan pengebumian Allahyarham. Jenazah disolatkan di Masjidil Haram selepas solat Maghrib dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al-Sharaea, Mekah,’’ katanya. Dalam pada itu, TH turut memaklumkan bahawa kebajikan isteri Allahyarham sedang diberi perhatian, selain bantuan sokongan oleh petugas kebajikan, kaunselor dan pembimbing ibadah haji. Selain itu katanya, TH juga akan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil bersama jemaah haji lain dalam masa terdekat. Katanya, TH turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035