Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :JKDM Pahang gagalkan penyeludupan e-waste bernilai RM3.09 juta
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :21 April 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) membabitkan lima kontena bernilai kira-kira RM3.09 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada 2 April lepas. Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, rampasan itu hasil kerjasama beberapa agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar Selangor, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Pelabuhan Klang serta SIRIM Malaysia. "Hasil serbuan di CP-HOLD Yard North Port, Pelabuhan Klang mendapati lima kontena bersaiz 40 kaki mengandungi e-waste seberat 88,392.12 kilogram (kg) dengan tiga kontena diimport dari Amerika Syarikat manakala masing-masing satu dari Panama dan Sepanyol,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa. Mohd Asri berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan taktik pengikraran tidak benar dengan mengisytiharkan barangan elektronik itu sebagai ‘Copper Concentrate’ dan ‘Acrylonitrile-Butadiene-Styrene (ABS) Plastic’ bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. Beliau berkata, e-waste berkenaan dipercayai dibawa masuk ke negara ini kerana Malaysia mempunyai kilang yang boleh mengitar semula bahan buangan itu bagi mendapatkan logam berharga seperti emas, tembaga dan aluminium. Mohd Asri berkata, tiada tangkapan dibuat dalam operasi itu dan pihaknya masih menyiasat syarikat yang terlibat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035