Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Tengku Hassanal sertai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :10/05/2026 | 05:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah yang dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu ini. Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 1 tengah hari Isnin ini sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea. Beliau berkata menerusi ekspedisi berkenaan, Tengku Hassanal turut dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU), selain pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Ekspedisi Mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan Tuanku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara,” katanya menerusi kenyataan media malam Sabtu. Mohamed Zahari berkata ekspedisi itu juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Pahang dengan Sabah, selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035