Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :KPDN Pahang sita 59,000 liter diesel bernilai RM355,000
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :05/05/2026 | 00:03 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyita 59,000 liter diesel bernilai RM355,000 dalam operasi penguatkuasaan di sebuah premis di kawasan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini pada Isnin. Pengarah KPDN Pahang Jezlily Jamaluddin berkata pemeriksaan menerusi Ops Tiris 4.0 oleh pasukan penguat kuasa mendapati premis itu digunakan sebagai tempat penyimpanan diesel, iaitu barang kawalan tanpa lesen atau kebenaran sah Pengawal Bekalan. “Antara yang disita ialah lima tangki skid mengandungi anggaran 57,000 liter diesel dan sebuah lori tangki industri berisi kira-kira 2,000 liter bahan api itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.  Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Subperaturan 18 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen atau permit sah.  Jezlily berkata KPDN Pahang akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa untuk membanteras penyelewengan barang kawalan dengan tindakan tegas dikenakan terhadap pihak melanggar undang-undang. Beliau berkata orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan maklumat atau aduan salah laku dan aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran rasmi disediakan.  -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035