Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Menteri Kanan Singapura mulakan lawatan rasmi ke Pahang
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :04/05/2026 | 22:58 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong memulakan lawatan rasmi di Pahang hari ini dengan berkunjung ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) di Lanchang, Temerloh.  Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohamad Nizar Najib berkata lawatan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama dalam aspek pemuliharaan hidupan liar, khususnya spesies ikonik negara iaitu harimau Malaya. “Lee yang tiba bersama isteri, Ho Ching mengetuai delegasi sebanyak 41 orang dari Singapura,” katanya menerusi hantaran Facebook.  Turut hadir Pegawai Daerah Temerloh Datuk Khairur Rizal Ramli serta Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Fakhrul Hatta Musa.  Lee dilaporkan akan mengadakan lawatan selama lima hari ke Pahang dan Terengganu bermula hari ini hingga 8 Mei.  Sepanjang lawatan itu, Lee akan diiringi Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Singapura Edwin Tong; Menteri Negara di Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Zhulkarnain Abdul Rahim serta pegawai dari Kementerian Ehwal Luar. Dalam lawatan di Pahang, Lee dijangka menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini esok.  -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035