Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Perhalusi titah Tengku Mahkota Pahang demi kepentingan rakyat – Nashriq
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :10 Mei 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Pemuda UMNO Bera berharap kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap segala perkara yang dibangkitkan dalam titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri Pahang. Ketua Pemudanya, Nashriq Ismail Sabri berkata, perkara yang disuarakan baginda wajar diberikan perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan Pusat dalam aspek pembangunan serta kepentingan rakyat. "Saya menjunjung kasih ke atas titah kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang berhubung keperluan negeri Pahang yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan Persekutuan. "Saya yakin setiap permintaan dan pandangan yang dikemukakan baginda pastinya bertujuan memastikan pembangunan negeri Pahang dapat dipercepatkan demi manfaat rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Beliau menjelaskan, Pahang merupakan negeri yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan negara dengan kekuatan dalam sektor pelancongan, pertanian, sumber asli dan pelaburan yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "Perhatian yang lebih besar kepada pembangunan negeri Pahang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat negeri ini. "Malah turut menyumbang kepada kemakmuran Malaysia secara keseluruhannya," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035