Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Pahang sokong penuh titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :08 Mei 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah agar isu eksport pasir sungai perlu diteliti secara menyeluruh oleh kerajaan Persekutuan. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu bukan sahaja mampu menambah hasil negeri, malah penting bagi pengurusan sungai dan pengurangan risiko banjir. "Kerajaan negeri akan meneliti segala perkara yang dibangkitkan demi memastikan hak dan kepentingan negeri Pahang terus terpelihara," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Wan Rosdy turut menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Tengku Hassanal sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang. "Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku mencerminkan keprihatinan terhadap pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat," katanya. Terdahulu, Tengku Hassanal menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan kerajaan Pusat yang tidak meluluskan usaha negeri Pahang untuk menambah hasil negeri melalui eksport pasir sungai. Baginda bertitah, Pahang memiliki sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia yang menyebabkan terdapat mendapan pasir yang perlu dikeluarkan bagi memastikan kelancaran aliran sungai serta mengelakkan risiko banjir. "Sebelum ini, kita dapat menambahkan hasil negeri berpuluh-puluh juta dengan eksport pasir ke negara lain tetapi malangnya, kerajaan Pusat tidak lagi membenarkannya sekarang ini sedangkan hasil tanah dan pasir ini merupakan hak negeri," titah baginda lagi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035