Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Tengku Mahkota Pahang bimbang aktiviti ketenteraan gugat ekosistem pulau di Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :24 Mei 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti latihan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal dilaksanakan terutamanya di kawasan kepulauan di Pahang. Melalui kenyataan dikeluarkan, baginda bimbang aktiviti latihan ketenteraan tersebut akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan faunanya. Bagaimanapun titah itu bukan bermakna baginda menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman para pegawai dan anggota tentera. Sebaliknya, baginda mahu aktiviti ketenteraan tersebut dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar serta semua pihak di negeri ini. Melalui kenyataan itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan agar pihak ATM dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah berkenaan. Baginda menegaskan tidak akan teragak-agak meminta kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035